Griezmann realisasi impian sertai Orlando

Foto AFP

ORLANDO, 8 Julai – Bekas penyerang Perancis, Antoine Griezmann menyifatkan perpindahannya ke kelab Major League Soccer (MLS), Orlando City sebagai satu impian yang akhirnya menjadi kenyataan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Berusia 35, tandatangani kontrak hingga 2028; sudah lama berhasrat beraksi di Amerika sejak umur 18.
  • Meninggalkan Atletico sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman, menutup satu era gemilang kariernya di Eropah.
  • Memilih berhijrah ketika berada pada tahap terbaik fizikal dan mental, berharap pengalaman bantu kelab mencabar kejuaraan domestik.

Griezmann, 35, yang menyertai Orlando dengan kontrak hingga 2028, berkata beliau telah lama menyimpan hasrat untuk beraksi di Amerika Syarikat sejak usia 18 tahun.

Bekas pemain Atletico Madrid itu turut meninggalkan kelab Sepanyol berkenaan sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman, sekali gus menutup satu era gemilang dalam kariernya di Eropah.

Menurutnya, keputusan untuk berhijrah ke MLS dibuat ketika beliau masih berada pada tahap terbaik dari segi fizikal dan mental bagi terus memberikan aksi kompetitif.

“Saya mahu datang ketika masih mampu beraksi pada tahap tertinggi. Ini adalah impian sejak muda dan kini menjadi kenyataan,” katanya.

Juara Piala Dunia itu turut berharap pengalaman dimilikinya dapat membantu Orlando City mencabar kejuaraan dalam saingan domestik.

Dalam nada berseloroh, Griezmann berkata beliau berharap Lionel Messi hanya memenangi Kasut Emas Piala Dunia, manakala Kylian Mbappe pula menjulang trofi kejohanan tersebut.-REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.