Glasgow 2026: Izzat Shameer raih perak, cipta sejarah baharu boling padang negara

Izzat Shameer Dzulkeple. Foto/Bernama

GLASGOW, 28 Julai – Pemain boling padang negara, Izzat Shameer Dzulkeple mencipta sejarah apabila menjadi atlet Malaysia pertama memenangi pingat acara perseorangan lelaki pada Sukan Komanwel selepas meraih perak di Glasgow 2026.

RINGKASAN BERITA AI
  • Izzat Shameer tewas 2-0 kepada jaguh England Sam Tolchard di final Scottish Event Campus.
  • Mara ke final sudah mencatat sejarah baharu buat negara.
  • Izzat, 44 tahun, mengatasi pencapaian terbaik Fairul Izwan yang selesai di tempat keempat Birmingham 2022.
  • Pasukan boling padang mengumpul dua pingat perak; Emma Firyana Saroji akan mulakan saingan perseorangan wanita Selasa.

Pada aksi penentuan pingat emas di Scottish Event Campus di sini, Izzat Shameer tewas 2-0 kepada jaguh England Sam Tolchard, namun kejayaan mara ke final sudah cukup untuk mencatat sejarah baharu buat negara.

Atlet berusia 44 tahun itu mengatasi pencapaian terbaik Malaysia menerusi Fairul Izwan Abdul Muin yang menamatkan saingan di tempat keempat pada edisi Birmingham 2022.

Terdahulu, Malaysia turut merangkul perak acara pairs wanita menerusi gandingan Aleena Ahmad Nawawi-Syafiqa Haidar Afif Abdul Rahman yang terpaksa akur tewas di tangan pasangan Amy Pharaoh-Sian Honnor dari England.

Kem boling padang negara setakat ini mengumpul dua pingat perak, dengan cabaran seterusnya akan digalas pemain nombor satu dunia Emma Firyana Saroji yang memulakan saingan perseorangan wanita pada Selasa. – Bernama

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.