
IPOH, 15 Oktober – Semua sekolah di Perak akan beroperasi seperti biasa esok meskipun negeri itu masih berdepan keadaan jerebu.
- Ibu bapa atau penjaga yang bimbang tentang kesihatan anak boleh memilih tidak menghantar mereka ke sekolah.
- Ketidakhadiran perlu dimaklumkan kepada pihak sekolah.
- Murid yang hadir digalakkan memakai pelitup muka sebagai langkah berjaga jaga susulan jerebu.
- Jabatan Pendidikan mengutamakan keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan murid serta warga sekolah; patuhi nasihat pihak berkuasa.
Pengarah Pendidikan Negeri Perak, Zulkafli Mohamed Mokhtar berkata, ibu bapa atau penjaga yang bimbang terhadap tahap kesihatan anak-anak boleh memilih untuk tidak menghantar mereka ke sekolah.
“Namun perlu memaklumkan ketidakhadiran itu kepada pihak sekolah.
“Murid yang hadir ke sekolah digalakkan memakai pelitup muka sebagai langkah berjaga-jaga susulan keadaan jerebu semasa,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Beliau berkata, Jabatan Pendidikan Negeri Perak sentiasa mengutamakan keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan murid serta warga sekolah.
Sehubungan itu, semua pihak diminta supaya sentiasa peka terhadap perkembangan semasa dan mematuhi nasihat pihak berkuasa berkaitan keadaan jerebu.