
KUALA LUMPUR, 29 OGOS – Pelumba Petronas Sprinta Yamaha CKJ Racing, Farres Putra Mohd Fadhil, meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan ketika perlumbaan CP150 di Litar Permotoran Gong Badak, Terengganu, hari ini.
- Insiden berlaku pada perlumbaan akhir pusingan kelima Kejuaraan MAM Cub Prix 2026 sebaik perlumbaan bermula.
- Pelumba berusia 18 tahun menerima rawatan kecemasan di litar sebelum dikejarkan ke Hospital Nur Zahirah, Kuala Terengganu.
- Usaha pasukan perubatan tidak berhasil menyelamatkan dan pelumba disahkan meninggal dunia.
- Pemergian mengundang dukacita; MAM menzahirkan takziah kepada keluarga, pasukan dan komuniti sukan permotoran negara.
Insiden berlaku pada perlumbaan akhir pusingan kelima Kejuaraan MAM Cub Prix 2026, petang tadi.
Pelumba berusia 18 tahun itu menerima rawatan kecemasan daripada pasukan perubatan di litar sebelum dikejarkan ke Hospital Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Bagaimanapun, usaha pasukan perubatan untuk menyelamatkannya tidak berhasil apabila Farres Putra disahkan meninggal dunia.
Pemergian Allahyarham mengundang rasa dukacita dalam kalangan warga sukan permotoran tanah air.
Susulan insiden itu, Persatuan Sukan Permotoran Malaysia (MAM) menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham, pasukan CKJ Racing serta seluruh komuniti sukan permotoran negara.