Cristiano Ronaldo, Georgina rasmi bergelar suami isteri

Cristiano Ronaldo dan Georgina Rodriguez (Foto AFP) hari ini masing-masing berkongsi gambar yang sama (kanan) dengan kapsyen “C ❤️ G” menerusi akaun Instagram mereka

PARIS, 12 Ogos- Cristiano Ronaldo dan pasangannya, Georgina Rodriguez dilapor telah melangsungkan perkahwinan dalam satu majlis persendirian di Cascais, Portugal pada Selasa.

RINGKASAN BERITA AI
  • Cristiano Ronaldo dan Georgina Rodriguez berkahwin dalam majlis persendirian di Cascais, Portugal.
  • Majlis tersebut dihadiri oleh kelima-lima anak pasangan itu.
  • Perkahwinan itu berlangsung setahun selepas mereka mengumumkan pertunangan.

Perkara itu disahkan wakil Ronaldo, Brunswick Group, yang memaklumkan majlis berkenaan dihadiri kelima-lima anak pasangan itu.

Dalam masa sama, Ronaldo, 41, berkongsi foto tangan mereka yang memakai cincin perkahwinan menerusi Instagram dengan kapsyen “C ❤️ G”.

Perkahwinan itu berlangsung setahun selepas Rodriguez, 32, mengumumkan pertunangan mereka menerusi Instagram.

Pasangan itu mula berkenalan pada 2016 ketika Rodriguez bekerja di sebuah kedai barangan mewah di Madrid.

Ronaldo yang mewakili Portugal pada Piala Dunia musim panas ini dan tersingkir pada pusingan 16 terakhir kini beraksi bersama kelab Arab Saudi, Al-Nassr.

Bekas penyerang Manchester United, Real Madrid dan Juventus itu memenangi Ballon d’Or sebagai pemain terbaik dunia sebanyak lima kali.

Rodriguez pula meningkatkan popularitinya menerusi rancangan Netflix berjudul “I Am Georgina”.

Pasangan itu mempunyai lebih 750 juta pengikut di platform media sosial masing-masing serta pelaburan dalam sektor fesyen dan rangkaian hotel. -AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.