City benam Chelsea 3-0, rapatkan jurang dengan pendahulu Arsenal

Pemain tengah Manchester City, Phil Foden (tengah), diasak oleh pertahanan Chelsea, Jorrel Hato, dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Stamford Bridge./foto AFP

LONDON, 13 April – Manchester City kembali menyemarakkan persaingan merebut kejuaraan Liga Perdana Inggeris selepas meledak tiga gol dalam tempoh 17 minit sewaktu menewaskan Chelsea di Stamford Bridge.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kemenangan merapatkan jurang kepada enam mata dengan pendahulu liga, Arsenal.
  • Pep Guardiola anggap kemenangan penting dan tekad buat persiapan rapi menjelang pertemuan penentu menentang Arsenal.
  • Gol oleh Nico O'Reilly, Marc Guehi dan Jeremy Doku melengkapkan kemenangan; City kini miliki kelebihan satu perlawanan dan momentum.

Kemenangan tersebut sekali gus merapatkan jurang kepada enam mata dengan pendahulu liga, Arsenal.

Pengurus Manchester, City Pep Guardiola akui kemenangan tersebut penting untuk pasukannya sebelum melayan kunjungan Arsenal pada 19 April ini.

“Setakat ini, kami telah mempamerkan aksi yang baik dalam tiga perlawanan terakhir. Namun, pasukan terbaik di England dan Eropah ketika ini ialah Arsenal.

“Fakta ini disokong oleh statistik dan konsistensi mereka. Walau bagaimanapun, kami akan menghadapi perlawanan penentu pada Ahad depan dan akan melakukan persiapan rapi minggu ini,” kata Guardiola.

Terdahulu dalam aksi menentang Chelsea, gol awal City diperoleh menerusi Nico O’Reilly pada minit ke-51.

Enam minit kemudian, bekas pemain pertahanan Chelsea, Marc Guehi meledak gol kedua untuk kelab baharunya Manchester City.

Jeremy Doku melengkapkan kemenangan bergaya City pada minit ke-68.

City kini mempunyai kelebihan satu perlawanan dan berada dalam momentum terbaik sebelum pertemuan menentang Arsenal. – REUTERS