
MUNICH, 20 April– Ben Shelton merangkul gelaran Jelajah ATP kelimanya selepas menewaskan pilihan keempat dari Itali, Flavio Cobolli, 6-2, 7-5 dalam aksi akhir Kejohanan Tenis Antarabangsa Bavaria pada Ahad (19 April).
- Memulakan perlawanan dengan dominan, mematahkan servis awal untuk memenangi set pertama dengan mudah.
- Set kedua lebih sengit, Shelton buat pecah servis kritikal pada 6-5 dan menamatkan dengan servis sendiri.
- Kemenangan itu menebus kekecewaan tahun lalu apabila Shelton sekadar naib juara kepada Alexander Zverev.
- Melakar sejarah sebagai pemain AS pertama menang gelaran tanah liat di atas tahap ATP 250 sejak Andre Agassi 2003.
Pemain berusia 23 tahun itu memulakan perlawanan dengan dominan apabila mematahkan servis Cobolli seawal permainan untuk memenangi set pertama dengan mudah.
Meskipun set kedua berlangsung lebih sengit, Shelton berjaya melakukan pecah servis kritikal pada kedudukan 6-5 sebelum menamatkan perlawanan dengan servisnya sendiri.
Kemenangan itu menebus kekecewaan Shelton yang sekadar menjadi naib juara kepada Alexander Zverev pada edisi tahun lalu di Munich.
Kejayaan tersebut turut melakar sejarah tersendiri apabila Shelton menjadi pemain Amerika Syarikat (AS) pertama yang memenangi gelaran gelanggang tanah liat di atas tahap ATP 250 sejak kali terakhir dilakukan oleh legenda Andre Agassi pada tahun 2003.