Atlet Negeri Sembilan terima insentif kemenangan

Kerajaan Negeri Sembilan menyampaikan insentif kemenangan sukan berjumlah RM178,000 kepada 37 atlet yang memenangi pingat pada Sukan SEA dan Para ASEAN, Thailand 2025 – Foto Media MBNS

SEREMBAN, 20 Mei – Atlet Negeri Sembilan yang meraih pingat pada Sukan SEA dan Para ASEAN, Thailand 2025 menerima insentif kemenangan sukan berjumlah keseluruhan RM178,000.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kerajaan negeri memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada atlet atas pencapaian mereka, menurut Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun.
  • Atlet cemerlang menerima insentif, termasuk Muhammad Irfan Shamsuddin dan Gan Chen Jie RM17,000, Noor Askuzaimey Mat Salim RM12,000.
  • Seramai 48 Persatuan Sukan Negeri menerima bantuan pentadbiran RM99,000 untuk memperkukuh pembangunan sukan negeri.

Jumlah itu merangkumi RM154,000 insentif kemenangan bagi 33 atlet Sukan SEA, manakala RM24,000 insentif buat atlet Para ASEAN.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun – Foto Media MBNS

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, insentif itu sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan terhadap pencapaian atlet yang membanggakan.

“Kerajaan negeri sentiasa percaya bahawa pembangunan sukan yang hebat mesti berdiri di atas asas organisasi yang kukuh dan mempunyai tadbir urus yang baik.

“Atas prinsip tersebut, kerajaan negeri terus komited menyalurkan sokongan kepada persatuan-persatuan sukan negeri melalui Dana Bantuan Pentadbiran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Insentif Atlet, di sini hari ini.

Atlet lempar cakera Muhammad Irfan Shamsuddin dan atlet menembak Gan Chen Jie masing-masing menerima insentif berjumlah RM17,000 – Foto Media MBNS

Pada majlis itu, atlet lempar cakera Muhammad Irfan Shamsuddin dan atlet menembak Gan Chen Jie antara yang cemerlang dalam temasya dwitahunan itu menerima insentif masing-masing berjumlah RM17,000, manakala atlet para Noor Askuzaimey Mat Salim menerima RM12,000.

Atlet para Noor Askuzaimey Mat Salim menerima insentif kemenangan sebanyak RM12,000 – Foto Media MBNS

Sementara itu, dalam majlis sama, sebanyak 48 Persatuan Sukan Negeri menerima bantuan pentadbiran berjumlah RM99,000 secara keseluruhan bagi memperkukuh pembangunan sukan negeri.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.