
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Seri Tiong King Sing
KUALA LUMPUR, 5 November – Seramai 32.3 juta pelawat antarabangsa direkodkan berkunjung ke Malaysia bagi tempoh Januari hingga September lepas bersempena Tahun Melawat Malaysia 2026.
- Jumlah pelawat meningkat 2.4 peratus berbanding tempoh sama pada 2025.
- Data ketibaan direkod berdasarkan pintu masuk negara bukan negeri yang dilawati.
- Prestasi ketibaan pelawat dianggap pencapaian realistik walaupun wujud ketidaktentuan dan ancaman global.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Seri Tiong King Sing berkata, jumlah itu meningkat 2.4 peratus berbanding 31.5 juta pelawat antarabangsa bagi tempoh sama pada 2025..
“Data ketibaan pelawat antarabangsa yang direkodkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) adalah berdasarkan pintu masuk negara dan bukannya negeri yang dilawati, memandangkan terdapat banyak pintu masuk di Malaysia,” katanya.
Beliau menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Kudat, Datuk Verdon Bahanda mengenai statistik ketibaan pelancong antarabangsa bagi Tahun Melawat Malaysia 2026 mengikut negeri dan wilayah di Malaysia dalam sesi Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, pada Khamis.
Katanya, jumlah berkenaan merupakan pencapaian yang realistik, selain menunjukkan prestasi ketibaan pelawat antarabangsa yang baik meskipun dunia berdepan ketidaktentuan dan pelbagai ancaman global.