30 maut dalam kebakaran lori tangki di Kaherah

Foto AFP

KAHERAH, 26 November – Sekurang-kurangnya 30 orang maut dalam kebakaran besar yang berlaku di kawasan padat penduduk di ibu negara Mesir, Kaherah pada Rabu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Media kerajaan melaporkan kebakaran tercetus selepas lori membawa muatan bahan api terbalik di lebuh raya yang sesak.
  • Rakaman orang awam menunjukkan api marak dengan kepulan asap tebal menjulang tinggi.
  • Kejadian berlaku di daerah Warraq, wilayah Giza.
  • Sebanyak 39 ambulans dikerah, manakala 15 orang cedera dibawa ke hospital untuk rawatan.

Angka kematian itu disahkan Kementerian Kesihatan Mesir.

Media kerajaan melaporkan kebakaran tercetus selepas sebuah lori membawa muatan bahan api terbalik di lebuh raya yang sesak.

Video yang dirakam orang awam menunjukkan api marak dengan kepulan asap tebal menjulang tinggi dari lokasi kejadian di kawasan kejiranan Al-Waraq di daerah Imbaba.

“Sebanyak 39 ambulans dikerah ke lokasi kejadian,” menurut kenyataan kementerian berkenaan yang turut memaklumkan seramai 15 orang yang cedera dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan. -AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.