Prabowo kemuka nama dua calon Naib Presiden Indonesia

Foto AFP

JAKARTA, 23 November– Presiden Indonesia, Prabowo Subianto mengemukakan nama dua calon Naib Presiden bagi menggantikan Gibran Rakabuming Raka, yang meletakkan jawatan susulan kontroversi berkaitan kelayakan diploma sekolahnya.

RINGKASAN BERITA AI
  • Speaker Majlis Permusyawaratan Rakyat, Ahmad Muzani, berkata Prabowo mengemukakan dua nama calon Naib Presiden untuk dipertimbangkan Parlimen.
  • Calon yang dikemukakan ialah Menteri Pertanian, Andi Amran Sulaiman, dan bekas Menteri Luar, Sugiono.
  • Parlimen dijadual bersidang pada 11 Disember bagi memilih individu yang layak.
  • Sugiono pernah menjalani latihan dalam pasukan khas tentera, manakala Andi ialah ahli perniagaan sebelum dilantik sebagai Menteri Pertanian.

Peletakan jawatan Gibran pada 12 November lalu, selepas keputusan Mahkamah Agung membatalkan pengiktirafan kelayakan sijil sekolah menengahnya dari luar negara.

Sekali gus menambah tekanan terhadap kerajaan yang berdepan ketidakpuasan rakyat berhubung ekonomi, rasuah dan kebakaran hutan.

Menurut Speaker Majlis Permusyawaratan Rakyat, Ahmad Muzani, Prabowo mengemukakan nama dua calon untuk dipertimbangkan oleh Parlimen.

Calon berkenaan adalah Menteri Pertanian, Andi Amran Sulaiman dan bekas Menteri Luar, Sugiono.

Persidangan pada 11 Disember nanti akan berlangsung bagi memilih individu yang layak.

“Saya percaya kedua-duanya akan melakukan yang terbaik untuk negara, tanah air dan rakyat Indonesia,” kata Prabowo kepada pemberita.

Sugiono pernah menjalani latihan singkat dalam unit pasukan khas tentera sebelum bersara pada 2004.

Beliau turut dilantik sebagai Menteri Penyelaras Pembangunan Manusia dan Kebudayaan dalam rombakan Kabinet bulan lalu.

Sementara itu, Andi, merupakan seorang ahli perniagaan sebelum dilantik sebagai Menteri Pertanian ketika pentadbiran Joko Widodo dari 2014 hingga 2019.

Beliau kembali memegang jawatan itu selepas penggantinya terpalit skandal rasuah dan dilantik semula apabila Prabowo mengambil alih tampuk pentadbiran pada 2024. -AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.