Mayat wanita dihanyut kepala air ditemukan lemas

Mayat mangsa diusung anggota bomba untuk dibawa keluar dari lokasi kejadian/Foto Bomba Perak

IPOH, 22 November – Seorang wanita yang dihanyutkan arus deras dalam kejadian kepala air di Air Terjun Puncak Jelapang, Meru Raya ditemukan meninggal dunia pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mayat P. Snhea, 21, ditemukan orang awam pukul 8.10 pagi tersangkut pada batang pokok kira-kira 1.5 km dari lokasi kejadian.
  • Anggota bomba membawa naik mayat sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
  • Empat mangsa terlibat, dua lelaki dua wanita; tiga berjaya diselamatkan manakala seorang ditemukan meninggal dunia.
  • Operasi SAR tamat kira-kira 9.25 pagi melibatkan sembilan anggota BBP Meru Raya dan lima anggota PPDA BBP Ipoh.

Mayat P.Snhea, 21 tahun ditemukan orang awam pada pukul 8.10 pagi dalam keadaan tersangkut pada batang pokok kira-kira 1.5 kilometer (km) dari lokasi dia dipercayai dihanyutkan arus deras semalam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, anggota bomba kemudian membawa naik mangsa sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Dalam kejadian itu, empat mangsa terdiri daripada dua lelaki dan dua wanita terlibat, dengan tiga daripadanya berjaya diselamatkan manakala seorang lagi ditemukan meninggal dunia,” katanya.

Sabarodzi berkata operasi tamat sepenuhnya kira-kira 9.25 pagi.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) membabitkan sembilan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya serta lima anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) BBP Ipoh.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.