10,000 peserta sertai larian Hari Keputeraan Sultan Perak 2026

Foto BERNAMA

KUALA KANGSAR, 22 November – Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim, berkenan bercemar duli menyertai Larian Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah (LHKSNS) bersama-sama kira-kira 10,000 peserta di Dataran Pavilion di sini, hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Larian bermula 6.45 pagi, dianjurkan sempena sambutan Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah ke-70.
  • Peserta dilepaskan untuk kategori 15km, 10km, 7km; kategori VIP tiga kilometer dilepaskan oleh Raja Datuk Seri Yong Sofia.
  • Penganjuran mempererat hubungan baginda dan rakyat, memupuk perpaduan serta gaya hidup sihat, disertai persembahan tradisi dan gerai makanan Perak.

Turut hadir Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan isteri, Datin Seri Aezer Zubin, barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) serta ketua-ketua jabatan.

Larian yang bermula pada pukul 6.45 pagi itu dianjurkan bersempena sambutan Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah ke-70, yang disambut pada 6 November lalu.

Sultan Nazrin turut berkenan melepaskan peserta bagi kategori 15 kilometer, 10 kilometer dan tujuh kilometer.

Sementara itu, peserta kategori tetamu kehormat (VIP) sejauh tiga kilometer dilepaskan oleh Raja Datuk Seri Yong Sofia.

Penganjuran LHKSNS 2026 bukan sahaja memeriahkan sambutan Hari Keputeraan Sultan Perak, malah menjadi platform untuk mempererat hubungan antara baginda dan rakyat, selain memupuk semangat perpaduan serta gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat.

Sepanjang laluan larian, pelbagai aktiviti dan persembahan disediakan termasuk permainan tradisional gasing dan sepak raga, demonstrasi labu sayong, persembahan rebana, gendang Cina dan India, serta stesen kuih-muih dan makanan tradisional Perak.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.