
RAMALLAH, 21 November – Seorang lelaki Palestin maut ditembak pengawal keselamatan sebuah penempatan Israel di Tebing Barat yang diduduki, pada Jumaat.
- Nama mangsa Hamza Masoud Salim Abdo, 42, ditembak berhampiran perkampungan Dura al-Qar.
- Jurucakap Pihak Berkuasa Am: pengawal penempatan Beit El melepaskan tembakan ke arah dua lelaki, satu maut seorang ditahan.
- Israel menduduki Tebing Barat sejak 1967; pertempuran meningkat sejak konflik Israel-Hamas 2023.
- Kira-kira tiga juta rakyat Palestin dan lebih 500,000 warga Israel tinggal di penempatan yang dianggap haram antarabangsa.
Kementerian Kesihatan Palestin memaklumkan, mangsa Hamza Masoud Salim Abdo, 42 tahun ditembak berhampiran perkampungan Dura al-Qar, utara Ramallah.
Jurucakap Pihak Berkuasa Am Hal Ehwal Awam Palestin, yang bertanggungjawab menyelaras urusan antara Pihak Berkuasa Palestin dan Israel, berkata tembakan dilepaskan oleh pengawal keselamatan penempatan berhampiran.
“Menurut maklumat yang diterima, pengawal penempatan Beit El melepaskan tembakan ke arah dua lelaki berhampiran sumber air di kampung Dura al-Qar, menyebabkan seorang maut manakala seorang lagi ditahan,” katanya kepada AFP.
Israel menduduki Tebing Barat sejak 1967 dan pertempuran di wilayah itu semakin meningkat sejak konflik Israel-Hamas pada 2023.
Selain Baitulmaqdis Timur, wilayah itu dihuni kira-kira tiga juta rakyat Palestin dan lebih 500,000 warga Israel yang tinggal di penempatan haram menyalahi undang-undang antarabangsa.
Berdasarkan data Kementerian Kesihatan Palestin, sekurang-kurangnya 1,119 rakyat Palestin terbunuh di wilayah itu akibat tindakan tentera dan penduduk Israel sejak perang Gaza pada Oktober 2023.