Siasatan kes buli pelajar sekolah di Tangkak perlu dijalankan secara telus – Exco

Foto tular kejadian buli dipercayai melibatkan pelajar di sebuah sekolah menengah di Tangkak, Johor.

ISKANDAR PUTERI, 19 November – Siasatan polis berhubung kes buli melibatkan pelajar di sebuah sekolah menengah di Tangkak perlu dijalankan secara telus dan menyeluruh tanpa dipengaruhi mana-mana pihak, bagi memastikan keadilan kepada semua yang terlibat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Exco menerima laporan daripada JPNJ dan meminta pihak sekolah serta JPNJ mengambil tindakan susulan terhadap kejadian.
  • Kerajaan negeri telah menubuhkan Jawatankuasa Perbincangan Berkumpulan dengan pelbagai agensi untuk menangani disiplin dan salah laku pelajar.
  • Peranan ketua masyarakat dan pemimpin setempat penting bagi membasmi keganasan dan kekerasan dalam sekolah.

Exco Pendidikan dan Penerangan Negeri Dr Muhammad Naqib Md Ghazali telah menerima laporan daripada Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) berkaitan perkara berkenaan.

“Biar pihak polis jalankan siasatan dan saya mohon pihak sekolah serta JPNJ mengambil tindakan susulan. Perkara ini amat membimbangkan kerana melibatkan pelajar kita. Sebelum ini kejadian sama berlaku di Yong Peng dan kini berulang lagi,” jelasnya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas pembentangan Belanjawan Johor 2027 di sini.

Tambah beliau, kerajaan negeri telah menubuhkan Jawatankuasa Perbincangan Berkumpulan dengan pelbagai agensi bagi menangani isu disiplin serta salah laku dalam kalangan pelajar.

“Menerusi perbincangan itu, peranan ketua masyarakat dan pemimpin setempat penting bagi membasmi keganasan dan kekerasan di sekolah,” jelasnya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.