PM serikan rumah terbuka Deepavali MIC-MIED 2026

Foto Facebook Anwar Ibrahim

SHAH ALAM, 8 November -Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Majlis Rumah Terbuka Deepavali anjuran MIC dan Maju Institute of Educational Development (MIED) di Kota Kemuning di sini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Ketibaan beliau disambut Presiden MIC Tan Sri SA Vigneswaran; sambutan meriah dengan hampir 3,000 tetamu pelbagai kaum.
  • Perdana Menteri meluangkan masa beramah mesra dengan tetamu; majlis dihadiri beberapa pemimpin politik termasuk Ismail Sabri dan Dr Wee Ka Siong.
  • Tan Sri Vigneswaran tekankan perayaan sebagai medan integrasi kaum, mampu mengetepikan perbezaan politik demi kebersamaan.
  • Dr Wee pesan semangat muhibah perlu dipelihara untuk kemakmuran negara; potongan kek simbolik menandakan kemuncak majlis.

Ketibaan beliau disambut Presiden MIC yang juga Pengerusi MIED Tan Sri SA Vigneswaran, sekali gus memeriahkan lagi sambutan Pesta Cahaya itu yang dihadiri hampir 3,000 tetamu daripada pelbagai kaum.

Perdana Menteri meluangkan masa beramah mesra dengan tetamu dan majlis juga dihadiri beberapa pemimpin politik, antaranya bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Sementara itu, Tan Sri Vigneswaran berkata sambutan itu membuktikan rakyat Malaysia boleh hidup secara harmoni serta sentiasa berkongsi kegembiraan perayaan sepanjang tahun.

“Perayaan dapat menjadi medan integrasi antara kaum. Walaupun wujud perbezaan latar belakang politik, sambutan seperti ini berupaya mengetepikan segala perkara itu demi kebersamaan,” katanya.

Tan Sri Vigneswaran berharap rakyat Malaysia dapat meneruskan keakraban sedia ada dan menjadikannya sebagai kekuatan untuk negara bergerak ke arah kemajuan secara menyeluruh.

Sementara itu, Datuk Seri Dr Wee berkata suasana majlis itu bukan sahaja meriah, malah menzahirkan keunikan kepelbagaian rakyat Malaysia dalam suasana muhibah.

“Semangat muhibah telah lama terjalin dalam kalangan rakyat Malaysia dan ia perlu dipelihara demi kemakmuran negara yang kita cintai,” katanya.

Pada majlis itu, Tan Sri Vigneswaran dan Datuk Seri Dr Wee mengiringi Perdana Menteri memotong kek sebagai simbolik kemuncak majlis rumah terbuka tersebut.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.