Gangguan laman web Bank Rakyat, data pelanggan selamat

Foto Fb Bank Rakyat

KUALA LUMPUR, 7 November – Bank Rakyat mengesahkan operasi perbankannya kekal berjalan seperti biasa, dengan keselamatan data peribadi, maklumat perbankan dan simpanan pelanggan tidak terjejas susulan gangguan akses yang berlaku sejak semalam.

RINGKASAN BERITA AI
  • Gangguan hanya melibatkan laman web korporat dan berpunca daripada masalah teknikal pada sistem penyedia perkhidmatan pihak ketiga.
  • Pelanggan boleh menggunakan saluran alternatif sementara proses pemulihan laman web dijalankan.
  • Saluran alternatif termasuk portal iRakyat, aplikasi mudah alih iRakyat, BRICK, QR2E dan portal perbankan perniagaan i-bizRAKYAT.
  • Bank memohon maaf atas kesulitan dan akan menyampaikan perkembangan terkini dari semasa ke semasa.

Dalam kenyataan hari ini, Bank Rakyat menjelaskan gangguan berkenaan hanya melibatkan laman web korporatnya dan berpunca daripada masalah teknikal pada sistem penyedia perkhidmatan pihak ketiga.

“Pelanggan masih boleh melakukan urusan perbankan menerusi saluran alternatif sementara proses pemulihan laman web berkenaan dilaksanakan.

“Antara saluran yang boleh digunakan ialah portal iRakyat, aplikasi mudah alih iRakyat, BRICK, QR2E serta portal perbankan perniagaan i-bizRAKYAT,” menurut kenyataan itu.

Bank Rakyat turut memohon maaf atas kesulitan yang timbul dan memaklumkan perkembangan terkini berhubung gangguan itu akan disampaikan dari semasa ke semasa.

Bank berkenaan menegaskan keselamatan serta kepentingan pelanggan kekal menjadi keutamaan dalam memastikan kelancaran perkhidmatan perbankannya.

Semalam, laman web korporat Bank Rakyat dilaporkan mengalami gangguan capaian sementara, sekali gus mendorong pelanggan menggunakan saluran digital alternatif bagi meneruskan transaksi perbankan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.