
KUALA LUMPUR, 6 November – Orang ramai perlu berhati-hati dengan tindakan ‘scammer’ yang menyamar sebagai Bank Negara Malaysia (BNM) melalui laman web palsu dan aplikasi berbahaya untuk mencuri maklumat peribadi serta perbankan.
RINGKASAN BERITA AI
- Laman web yang kelihatan rasmi tidak semestinya sahih.
- Scammer guna laman web palsu dan aplikasi berbahaya untuk curi maklumat peribadi dan perbankan.
- Sentiasa berwaspada; semak maklumat mencurigakan di bnm.gov.my/sahkan untuk pengesahan rasmi.
Menerusi hantaran di akaun X, BNM menegaskan “Laman web yang kelihatan rasmi tidak semestinya sahih.
“Awas dengan scammer (penipu) yang menyamar sebagai BNM melalui laman web palsu dan aplikasi berbahaya untuk mencuri maklumat peribadi dan perbankan anda,”tegas bank pusat itu.
Orang ramai dinasihat sentiasa berwaspada dan menyemak maklumat yang mencurigakan menerusi portal pengesahan rasmi.
“Sentiasa berwaspada! Semak maklumat yang mencurigakan di bnm.gov.my/sahkan,” maklum bank pusat.