KP2027: Waktu pengajaran Bahasa Melayu, Cina dan Tamil kekal

Foto BERNAMA

PUTRAJAYA 5 November – Kementerian Pendidikan (KPM) memutuskan untuk mengekalkan 12 waktu pengajaran seminggu bagi mata pelajaran Bahasa Melayu di Sekolah Kebangsaan, Bahasa Cina di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Bahasa Tamil di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil dalam pelaksanaan Kurikulum Persekolahan 2027 (KP2027).

RINGKASAN BERITA AI
  • Ketetapan dibuat untuk memastikan peruntukan waktu pengajaran bahasa tidak dikurangkan.
  • KPM mengadakan sesi libat urus bersama pihak berkepentingan mengenai peruntukan waktu pengajaran bahasa.
  • KPM merakamkan penghargaan kepada pihak yang menyumbang pandangan dan menegaskan penguasaan bahasa sebagai keutamaan.

Ketetapan itu dibuat bagi memastikan peruntukan waktu pengajaran bahasa berkenaan tidak dikurangkan.

KPM dalam kenyataan hari ini memaklumkan, sesi libat urus bersama pihak berkepentingan telah diadakan berhubung peruntukan waktu pengajaran bahasa dalam KP2027.

“KPM merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang menyumbangkan pandangan.

“Penguasaan bahasa dan keperluan pembelajaran murid di semua aliran sekolah kekal menjadi keutamaan dalam pembaharuan kurikulum negara,” menurut kenyataan itu.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.