Kadar antara bank kekal stabil susulan operasi BNM

Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 4 November – Kadar antara bank jangka pendek kekal stabil hari ini susulan Bank Negara Malaysia (BNM) melaksanakan operasi dalam sistem kewangan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mudah tunai sistem konvensional meningkat kepada RM40.70 bilion daripada RM36.87 bilion.
  • Mudah tunai sistem Islam menurun kepada RM33.30 bilion daripada RM35.86 bilion.
  • BNM melaksanakan tender repo berbalik dan menawarkan tender pasaran wang konvensional serta Murabahah bagi tempoh satu hari.

Mudah tunai dalam sistem konvensional meningkat kepada RM40.70 bilion daripada RM36.87 bilion pagi ini manakala mudah tunai dalam sistem Islam menurun kepada RM33.30 bilion daripada RM35.86 bilion sebelum ini.

Terdahulu, BNM melaksanakan tender repo berbalik.

Pada 4 petang, bank pusat menawarkan tender pasaran wang konvensional berjumlah RM40.70 bilion dan tender pasaran wang Murabahah sebanyak RM33.30 bilion, masing-masing bagi tempoh satu hari.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada paras 2.75 peratus setakat 3 Nov 2026.- BERNAMA

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.