Trump sedia terima keputusan pilihan raya pertengahan penggal

Presiden Donald Trump ketika menyampaikan ucapan pada akhir kempen pilihan raya pertengahan penggal/ Foto AFP

WASHINGTON, 4 November – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump bersedia menerima keputusan pilihan raya pertengahan penggal yang menunjukkan Parti Demokrat bakal mencatat kemenangan besar ke atas Parti Republikan di Kongres.

RINGKASAN BERITA AI
  • Trump bersedia menerima keputusan pilihan raya pertengahan penggal yang menunjukkan Demokrat dijangka menang besar di Kongres.
  • Beliau berkata akan bekerjasama dengan Demokrat dan menantikan peluang mencapai persetujuan bersama.
  • Sebelum ini beliau kerap mempertikaikan keadilan proses pilihan raya dan mendakwa Republikan akan menang besar jika beliau bertanding.

“Saya benar-benar bersedia menerima keputusan itu.

“Kami akan bekerjasama dengan Demokrat, dan anda tahu, menantikan peluang untuk bekerjasama dengan mereka.

“Kami mungkin akan mencapai sesuatu persetujuan,” katanya kepada The New York Times.

Kenyataan itu dibuat selepas Trump berulang kali cuba mempertikaikan keadilan proses pilihan raya berkenaan, sekali gus mencetuskan kebimbangan bahawa beliau mungkin enggan menerima kekalahan.

Dalam pada itu, Trump menyuarakan keyakinan bahawa Parti Republikan akan menang dengan majoriti besar, sekiranya beliau sendiri bertanding.

“Saya tidak bertanding dan sekiranya saya bertanding, kami pasti menang BESAR-BESARAN! Terima kasih kerana memberikan perhatian terhadap perkara ini,” kata Trump menerusi satu hantaran di platform Truth Social miliknya. -AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.