Terbuka AS: Sivasangari wakil tunggal negara di suku akhir

Gambar Hiasan / RTM

KUALA LUMPUR, 3 November – Pemain skuasy wanita kebangsaan S. Sivasangari menjadi wakil tunggal negara yang berjaya mara ke suku akhir Terbuka Amerika Syarikat (AS) 2026 selepas menewaskan pemain Mesir Kenzy Azman pada Isnin.

RINGKASAN BERITA AI
  • Sivasangari menang pusingan kedua 11-3, 11-7, 11-3 di Pusat Skuasy AS Arlen Specter, Philadelphia.
  • Dia akan berdepan pilihan utama Amina Orfi, pemain nombor satu dunia dalam suku akhir.
  • Amina Orfi mara suku akhir selepas menewaskan Hana Moataz 11-4, 11-0, 11-9.
  • Ng Eain Yow tewas kepada Diego Elias 12-10, 8-11, 9-11, 2-11; hadiah setiap kategori USD241,000.

Dalam aksi pusingan kedua yang berlangsung di Pusat Skuasy AS Arlen Specter, Philadelphia pemain pilihan kelima itu mengesahkan tempat ke suku akhir apabila memperoleh kemenangan 11-3, 11-7, 11-3.

Pemain nombor empat dunia itu bagaimanapun akan berdepan cabaran getir bagi merebut slot separuh akhir kejohanan bertaraf Platinum itu apabila dijadual menentang pilihan utama yang juga pemain nombor satu dunia, Amina Orfi dari Mesir.

Amina mengesahkan tempat ke suku akhir selepas menewaskan rakan senegara Hana Moataz dengan keputusan 11-4, 11-0, 11-9.

Sementara itu, kempen pemain skuasy lelaki negara Ng Eain Yow berakhir selepas tewas kepada pilihan ketiga dari Peru, Diego Elias 12-10, 8-11, 9-11, 2-11.

Kejohanan skuasy Terbuka AS 2026 menawarkan hadiah wang tunai berjumlah USD241,000 (RM982,894.40) bagi setiap kategori. – BERNAMA.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.