MOTOGP 2026 bukti keupayaan Malaysia anjur acara bertaraf dunia – PM

Foto FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 3 November — Penganjuran PETRONAS Grand Prix Motosikal (MotoGP) Malaysia 2026 sekali lagi membuktikan keupayaan negara menganjurkan acara sukan bertaraf dunia, sekali gus memperkukuh kedudukan Malaysia dalam arena sukan permotoran antarabangsa.

RINGKASAN BERITA AI
  • Acara menarik perhatian peminat tempatan dan antarabangsa serta memberi limpahan manfaat kepada rakyat dan ekonomi tempatan.
  • Perdana Menteri merakamkan penghargaan dan ucapan tahniah kepada semua pihak yang menjayakan acara.
  • Beliau berharap momentum positif dikekalkan supaya Malaysia terus menjadi destinasi pilihan sukan permotoran antarabangsa.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penganjuran edisi kali ini bukan sahaja menarik perhatian peminat sukan permotoran dari dalam dan luar negara, malah turut memberikan limpahan manfaat kepada rakyat serta ekonomi tempatan.

Menerusi hantaran di media sosial, beliau turut merakamkan penghargaan dan ucapan tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan acara berkenaan.

“Semangat serta sokongan padu pelbagai pihak menjadi antara faktor yang menyumbang kepada kejayaan penganjuran edisi kali ini,” tambahnya.

Beliau berharap momentum positif itu dapat dikekalkan bagi memastikan Malaysia terus menjadi destinasi pilihan penganjuran acara sukan permotoran bertaraf antarabangsa, sekali gus mengharumkan nama negara di persada dunia.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.