
PENDANG, 3 November – Sekurang-kurangnya lapan kediaman mengalami kerosakan selepas ribut kuat dan hujan lebat melanda daerah Pendang di Kedah, petang semalam.
RINGKASAN BERITA AI
- Lima kediaman rosak di Kampung Rambai.
- Dua kediaman rosak di Kampung Alor Ali, Mukim Bukit Raya.
- Satu kediaman rosak di Kampung Alor Pudak, Mukim Tobiar.
- Kebanyakan kerosakan membabitkan bumbung diterbangkan angin kencang; tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Pendang, Leftenan Pertahanan Awam (PA) Yuslina Yusuf memaklumkan, lima daripada kediaman berkenaan terletak di Kampung Rambai, manakala dua lagi di Kampung Alor Ali di Mukim Bukit Raya.
“Selain itu, sebuah kediaman di Kampung Alor Pudak, Mukim Tobiar turut mengalami kerosakan,” katanya dalam satu kenyataan.
Kebanyakan kerosakan membabitkan bahagian bumbung rumah yang diterbangkan angin kencang.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.