Semua sekolah di Selangor beroperasi esok

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 1 November – Semua sekolah di Selangor akan beroperasi seperti biasa esok (2 November).

RINGKASAN BERITA AI
  • JPN Selangor minta semua pihak utamakan kesihatan dan keselamatan murid serta warga sekolah berikutan jerebu.
  • Murid digalakkan memakai pelitup muka, terutama mereka sensitif terhadap jerebu.
  • Ibu bapa boleh tidak hantar anak jika bimbang kesihatan; maklumkan kepada sekolah. Perkembangan rasmi melalui saluran JPN Selangor.

Menerusi kenyataan, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPN Selangor) meminta agar semua pihak memberi keutamaan kepada aspek kesihatan dan keselamatan murid serta warga sekolah susulan situasi jerebu yang melanda negara.

JPN Selangor turut menyarankan pihak sekolah, ibu bapa dan penjaga agar sentiasa peka terhadap perkembangan kualiti udara serta mematuhi arahan, sekali gus mengambil langkah berjaga-jaga yang ditetapkan pihak berkuasa.

“Murid yang hadir ke sekolah digalakkan memakai pelitup muka sebagai langkah berjaga-jaga, khususnya bagi mereka yang sensitif terhadap keadaan jerebu.

“Sekiranya bimbang dengan tahap kesihatan anak-anak, ibu bapa dibenarkan untuk tidak menghantar anak ke sekolah dan memaklumkan perkara tersebut kepada pihak sekolah,” menurut kenyataan itu.

Tambah JPN Selangor, sebarang perkembangan sahih dan terkini akan dimaklumkan menerusi saluran rasmi JPN Selangor dan pihak sekolah yang berkaitan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.