Keputusan mahkamah perlu dihormati, bukan dipolitikkan

Khoo Poay Tiong

BUKIT BARU, 21 Oktober – Keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkan Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh membayar ganti rugi berjumlah RM300,000 kepada veteran DAP, Teresa Kok, dalam kes saman fitnah tidak wajar dikaitkan dengan kedudukan politik mana-mana pihak.

RINGKASAN BERITA AI
  • Keputusan mahkamah tidak wajar dikaitkan dengan kedudukan politik; ia perlu dihormati sebagai hasil proses perundangan.
  • Kes ini ialah tindakan sivil antara individu dan bukan pendakwaan oleh Jabatan Peguam Negara.
  • Kenyataan yang mendakwa keputusan dibuat kerana kuasa pihak tertentu memberi mesej salah dan menjejaskan persepsi terhadap keadilan.

Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Khoo Poay Tiong berkata, kes berkenaan merupakan tindakan sivil antara individu dan bukannya pendakwaan oleh Jabatan Peguam Negara.

“Cara beliau berkata demikian memberikan mesej yang salah kepada orang ramai. Saya ingin menegaskan bahawa ini merupakan kes individu.

“Kenyataan itu juga menunjukkan seolah-olah beliau tidak menghormati keputusan yang dibuat oleh hakim, sebaliknya mendakwa keputusan itu dibuat kerana pihak berkenaan mempunyai kuasa. Pada pandangan saya, kenyataan sedemikian tidak tepat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di sini ketika mengulas kenyataan Datuk Dr. Akmal yang dimuat naik di Facebook rasminya susulan keputusan mahkamah berhubung bayaran ganti rugi RM300,000 kepada veteran DAP, Teresa Kok.

Menurut Khoo Poay Tiong keputusan mahkamah berkenaan perlu dilihat berdasarkan proses perundangan dan bukannya dikaitkan dengan pihak yang memegang kuasa ketika ini.

Kenyataan Datuk Dr. Akmal menerusi Facebook rasminya susulan keputusan mahkamah itu, yang seolah-olah mengaitkan keputusan berkenaan dengan kuasa pihak tertentu, boleh menimbulkan persepsi yang kurang tepat terhadap proses keadilan.

Keputusan mahkamah perlu difahami berdasarkan proses perundangan, tanpa mengaitkannya dengan kedudukan politik mana-mana pihak.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.