
KUALA KANGSAR, 17 Oktober – Banjir kilat di Kilometer 223.5 hingga 224.1 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan dari Changkat Jering ke Kuala Kangsar menyebabkan lorong kecemasan dan lorong kiri ditutup, malam ini.
RINGKASAN BERITA AI
- Kemas kini PLUS Trafik di X menyatakan kejadian menyebabkan trafik sesak.
- Pengguna dinasihatkan memandu dengan berhati-hati.
- Dapatkan maklumat trafik terkini melalui X @plustrafik dan aplikasi PLUS.
Menurut kemas kini PLUS Trafik di platform X pada jam 9.03 malam, kejadian itu turut menyebabkan trafik sesak di laluan berkenaan.
Pengguna lebuh raya dinasihatkan supaya memandu dengan berhati-hati serta mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi laman X @plustrafik dan aplikasi PLUS.