Kenaikan gaji minimum RM2,000 bantu pekerja hadapi kos sara hidup

Pensyarah Kanan Jabatan Sains Pemutusan, Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaya, Dr Diana Abdul Wahab

KUALA LUMPUR, 17 Oktober –Kenaikan gaji minimum daripada RM1,700 kepada RM2,000 mampu membantu pekerja berpendapatan rendah menangani tekanan kos sara hidup.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kenaikan gaji mampu membantu pekerja berpendapatan rendah menampung perbelanjaan harian ketika kos sara hidup meningkat.
  • Banyak pekerja tidak akan mendapat manfaat kerana PMKS dikecualikan daripada mandat perintah gaji minimum.
  • Diharapkan lebih majikan mengambil inisiatif menaikkan gaji kerana gaji minimum sepatutnya menjadi paras asas, bukan penentu keselesaan kewangan.

Pensyarah Kanan Jabatan Sains Pemutusan, Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaya, Dr Diana Abdul Wahab, berkata Menurutnya, kenaikan RM300 itu dapat membantu pekerja menampung perbelanjaan harian, meskipun harga barangan keperluan, perumahan dan pengangkutan terus meningkat.

“Peningkatan sebanyak RM300 daripada RM1,700 ke RM2,000 itu saya rasa boleh membantu sebahagian daripada pekerja. Tapi kita kena ingat sebahagian besar daripada pekerja masih lagi tidak akan mendapat manfaat daripada kenaikan gaji ini disebabkan oleh PMKS dikecualikan daripada mandat untuk membayar perintah gaji minimum yang terbaru,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Berita RTM selepas menjadi tetamu rancangan Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri Kota Media.

Kesan kenaikan gaji minimum terhadap perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) sukar dinilai secara langsung memandangkan perintah gaji minimum 2026 tidak melibatkan kumpulan perusahaan berkenaan, berbeza dengan pelaksanaan pada 2022 dan 2024.

Sehubungan itu, beliau berharap lebih ramai majikan mengambil inisiatif meningkatkan kadar gaji pekerja masing-masing, memandangkan gaji minimum sepatutnya menjadi paras asas bagi memenuhi keperluan kehidupan dan bukannya menjamin keselesaan kewangan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.