
KUALA LUMPUR, 18 Oktober – Sebanyak 25 kawasan merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat akibat jerebu, setakat pukul 8.00 pagi tadi.
- Bacaan tertinggi dicatatkan di Pasir Gudang 189; Larkin 181 dan Kota Tinggi 180.
- Kawasan lain terjejas termasuk Pengerang 178, Nilai 173, Seremban 170, Batu Pahat 169, Bukit Rambai 164, Kluang 163, Johan Setia 163.
- Sebanyak 41 kawasan mencatat IPU pada tahap sederhana dan dua kawasan merekodkan udara baik.
- Skala IPU: 0-50 baik, 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat, 201-300 sangat tidak sihat, >300 berbahaya.
Menurut maklumat portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), Pasir Gudang, Johor merekodkan bacaan tertinggi, iaitu 189, diikuti Larkin, Johor (181) dan Kota Tinggi, Johor (180).
“Antara kawasan lain terlibat adalah Pengerang, Johor (178), Nilai, Negeri Sembilan (173), Seremban, Negeri Sembilan (170), Batu Pahat, Johor (169), Bukit Rambai, Melaka (164), Kluang, Johor (163) dan Johan Setia, Selangor (163),” menurut kenyataan itu.
Manakala, sebanyak 41 kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan IPU pada tahap sederhana dan dua kawasan merekodkan kualiti udara baik.
Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 adalah berbahaya.