Kereta terbakar, seorang lelaki maut di Lebuhraya Ipoh-Lumut

Foto Bomba Perak

IPOH, 8 Oktober – Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua kereta di Lebuhraya Ipoh-Lumut, petang tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Panggilan kecemasan diterima pada 4.14 petang; BBP Pasir Puteh dikejarkan ke lokasi.
  • Sebuah kereta terbakar sehingga 90 peratus dan seorang mangsa tersepit di dalam kenderaan.
  • Kwan Yiu Young, 24, disahkan meninggal dunia; Chan Ring Ket, 34, mengalami kecederaan.
  • Anggota bomba memadam kebakaran, mengeluarkan mangsa tersepit dan mayat diserahkan kepada polis.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.14 petang sebelum anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Puteh dikejarkan ke lokasi.

Menurutnya, sebuah kereta terbakar sehingga 90 peratus dan seorang mangsa tersepit di dalam kenderaan berkenaan.

Mangsa, Kwan Yiu Young, 24 tahun, disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), manakala Chan Ring Ket, 34 tahun, mengalami kecederaan.

Anggota bomba memadamkan kebakaran dan mengeluarkan mangsa yang tersepit sebelum mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Operasi tamat sepenuhnya pada 5.08 petang.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.