PGA rampas 1.1 tan ayam beku seludup dari Thailand

Lebih 1 tan ayam sejuk beku dirampas PGA malam tadi/Foto PGA Briged Tenggara

KUALA LUMPUR, 24 November – Kira-kira 1.1 tan ayam beku dipercayai diseludup dari Thailand dirampas Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara di Simpang Jalan Kampung Mulong, Kota Bharu malam tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Lelaki berusia 24 tahun ditahan ketika memandu MPV dalam keadaan mencurigakan.
  • Pemeriksaan menemukan 96 kotak ayam beku tanpa dokumen berkaitan.
  • Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967, manakala tangkapan dan rampasan diserahkan kepada Jabatan Kastam Negeri Kelantan.

Dalam operasi kira-kira pukul 9 malam, seorang lelaki berusia 24 tahun ditahan ketika memandu sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dalam keadaan mencurigakan.

Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Ahmad Radzi Hussain berkata, pemeriksaan menemukan 96 kotak ayam beku yang gagal disertakan dengan sebarang dokumen berkaitan.

“Hasil siasatan awal mendapati lelaki itu dipercayai mula menjalankan kegiatan membawa bekalan ayam beku sejak awal November lalu dengan menerima upah RM50 bagi setiap penghantaran.

“Lelaki terbabit dipercayai melakukan penghantaran sebanyak dua kali seminggu mengikut tempahan diterima, dengan bekalan berkenaan dihantar ke kedai runcit dan pembekal sekitar Bachok,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Lelaki 24 tahun ditahan seludup 1.1 tan ayam beku

Nilai keseluruhan rampasan termasuk kenderaan dianggarkan RM41,520.

Kesemua tangkapan dan rampasan diserahkan kepada Jabatan Kastam Negeri Kelantan untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.