Tiga majikan dikompaun kerana lindungi PATI

Foto JIM Kedah

SUNGAI PETANI, 7 Oktober – Tiga majikan dikenakan kompaun keseluruhan RM200,000 atas kesalahan melindungi pendatang asing tanpa izin (PATI).

RINGKASAN BERITA AI
  • Op Mahir JIM Kedah dijalankan di sekitar Sungai Petani pada 8 September untuk operasi penguatkuasaan imigresen.
  • 40 warga asing ditahan: 23 Bangladesh, 16 Myanmar dan seorang Indonesia.
  • Susulan siasatan, tiga majikan dikenakan kompaun RM70,000, RM125,000 dan RM5,000.
  • JIM menegaskan penguatkuasaan turut membabitkan pihak yang melindungi atau membantu PATI dan operasi akan diteruskan.

Tindakan itu diambil susulan Op Mahir yang dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kedah di sekitar Sungai Petani pada 8 September lalu.

“Dalam operasi berkenaan, seramai 40 warga asing ditahan membabitkan 23 warga Bangladesh, 16 warga Myanmar dan seorang warga Indonesia,” menurut JIM Kedah dalam satu kenyataan.

Susulan siasatan, tiga majikan masing-masing dikenakan kompaun RM70,000, RM125,000 dan RM5,000.

JIM Kedah turut menegaskan, tindakan penguatkuasaan bukan hanya tertumpu kepada warga asing, malah melibatkan pihak yang mengambil, menggaji, melindungi, menyembunyikan atau membenarkan PATI berada di premis mereka.

Majikan dan pengusaha premis diingatkan supaya mematuhi undang-undang imigresen serta tidak bersubahat dalam sebarang kegiatan yang melanggar peraturan.

“Operasi penguatkuasaan akan diteruskan dari semasa ke semasa dengan tindakan tegas diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati melindungi atau membantu PATI,” menurut kenyataan tersebut.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.