Unjuran purata tahunan Brent 2026 meningkat

Semakan semula mengambil kira perkembangan konflik AS, Iran/Foto AFP 

KUALA LUMPUR, 6 Oktober – Unjuran harga bagi niaga hadapan minyak mentah Brent dinaikkan kepada purata AS$93 setong bagi 2026 dan AS$81 setong bagi 2027, masing-masing daripada AS$83 dan AS$71 sebelum ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • BMI menyemak semula unjuran naik akibat konflik AS-Iran dan pembukaan semula Selat Hormuz tidak dijangka sebelum suku pertama 2027.
  • Gangguan aliran minyak serantau dan sekatan bekalan susulan perang Rusia-Ukraine dijangka mengekalkan tekanan harga dalam tiga hingga enam bulan akan datang.
  • Walaupun penurunan jangka panjang dijangka selepas perjanjian AS-Iran, inventori global rendah dan kapasiti alternatif terhad meningkatkan risiko gangguan baharu.

BMI memaklumkan semakan semula itu mengambil kira perkembangan konflik Amerika Syarikat (AS)-Iran serta jangkaan pembukaan semula Selat Hormuz yang kini dilihat tidak mungkin berlaku sebelum suku pertama 2027.

”Gangguan berterusan terhadap aliran minyak serantau dijangka mengekalkan tekanan harga dalam tempoh tiga hingga enam bulan akan datang, ditambah kekangan bekalan susulan perang Rusia-Ukraine.

“Inventori minyak global yang semakin berkurangan serta kapasiti pengeluaran alternatif yang terhad meningkatkan risiko pasaran terhadap gangguan bekalan baharu,”katanya.

BMI turut menyatakan dalam jangka panjang, selepas perjanjian awal AS-Iran dicapai, harga minyak dari segi struktur diramal bakal melemah.

“Selepas perjanjian, kami menjangkakan penjualan besar-besaran harga minyak, dengan niaga hadapan Brent pada purata AS$77 setong untuk suku kedua 2027, jatuh kepada AS$70 setong dan AS$67 setong masing-masing menjelang suku ketiga dan suku keempat,” katanya.

Sepanjang 2028-2030, BMI menjangkakan niaga hadapan minyak mentah Brent akan berlegar pada purata sekitar AS$70 setong.

Bagaimanapun, jelasnya imbangan risiko kepada prospek jangka panjang condong ke arah penurunan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.