Suri rumah rugi lebih RM18,000, diperdaya sindiket penipuan kerja

Foto hiasan

BAGAN DATUK, 4 Oktober – Seorang suri rumah kerugian lebih RM18,000 selepas diperdaya sindiket penipuan kerja yang menawarkan pekerjaan dari rumah menerusi media sosial.

RINGKASAN BERITA AI
  • Tertarik dengan iklan pekerjaan membungkus barang di Facebook dan menghubungi nombor tertera.
  • Diharahkan masuk ke Telegram dan mengisi borang maklumat peribadi.
  • Diminta buat pembayaran pendahuluan, membuat 12 siri transaksi wang ke akaun keldai.
  • Akaun Facebook disyaki dicipta untuk sindiket; kes disiasat di bawah Seksyen 420.

Mangsa sebelum itu tertarik dengan iklan bekerja dari rumah di Facebook iaitu membungkus barang dengan dijanjikan komisen.

Ketua Polis Daerah Bagan Datuk, Superintendan Mohammad Ali Mohd Jali menerusi kenyataan berkata, mangsa telah menghubungi nombor telefon yang tertera pada iklan tersebut, sebelum diarahkan masuk ke aplikasi Telegram dan mengisi borang maklumat peribadi.

Beliau berkata mangsa kemudian diminta membuat tempahan membungkus barang setiap hari dan apabila barang tersebut sampai ke alamat rumah, mangsa perlu membuat penghantaran.

“Mangsa bagaimanapun diarahkan untuk membuat bayaran pendahuluan atas tugasan yang dibuat terlebih dahulu. Wanita berusia 23 tahun itu kemudian telah melakukan 12 siri transaksi wang kepada beberapa akaun melibatkan jumlah kerugian sebanyak RM18,408.

Beliau berkata, siasatan mendapati mangsa telah ditipu apabila diarahkan beberapa kali memasukkan wang tanpa dibayar komisen dan segala transaksi adalah kepada pemilik akaun keldai.

“Akaun Facebook yang digunakan suspek dipercayai dicipta untuk tujuan sindiket penipuan wang”, katanya

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 kanun keseksaan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.