
KUALA LUMPUR, 4 Oktober- Atlet ekuestrian negara, Shoorendran Nageswaran menjadi wakil terakhir Malaysia yang akan beraksi pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 hari ini, sebelum temasya itu melabuhkan tirai petang ini.
- Malaysia kini di tempat ke-11 dengan 9 emas, 7 perak dan 16 gangsa, melepasi sasaran enam emas.
- Dua pingat perak tambahan diraih semalam melalui padel dan skuad hoki lelaki negara.
- Kontinjen Malaysia akan menyertai upacara penutupan di Paloma Mizuho Stadium, Nagoya pada pukul 5.00 petang.
- China terus mengungguli carta pingat, diikuti Jepun, Korea Selatan dan India dalam kedudukan teratas.
Shoorendran dijadual beraksi dalam acara jumping di Equestrian Park, Tokyo pada 8.30 pagi waktu Malaysia.
Kontinjen Malaysia kemudian akan menyertai upacara penutupan temasya di Paloma Mizuho Stadium, Nagoya pada pukul 5.00 petang.
Malaysia kini menduduki tempat ke-11 dalam carta kutipan pingat dengan sembilan emas, tujuh perak dan 16 gangsa, sekali gus melepasi sasaran enam emas.
Dua tambahan pingat perak hadir semalam menerusi sukan padel dan skuad hoki lelaki negara menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 32 pingat buat Malaysia.
Sementara itu, China terus mengungguli carta dengan 169 emas, 89 perak dan 83 gangsa, diikuti Jepun dengan 83 emas, 95 perak dan 91 gangsa.

Korea Selatan berada di tempat ketiga dengan 39 emas, 43 perak dan 68 gangsa, manakala India di tangga keempat dengan 21 emas, 27 perak dan 37 gangsa.
Uzbekistan menduduki tempat kelima dengan 21 emas, 25 perak dan 24 gangsa, diikuti Iran di tempat keenam dengan 19 emas, 18 perak dan 15 gangsa.
Thailand berada di tempat ketujuh dengan 18 emas, 13 perak dan 21 gangsa, manakala Kazakhstan, Hong Kong dan Bahrain masing-masing melengkapkan kelompok 10 terbaik.