Pengurangan pekerja asing dorong automasi, tingkat produktiviti

Sim Tze Tzin / Foto BERNAMA

BAYAN BARU, 2 Oktober – Pengurangan kebergantungan kepada pekerja asing dijangka mendorong syarikat dan industri mempercepat penggunaan automasi serta menaik taraf proses pembuatan bagi meningkatkan produktiviti.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kerajaan mengetatkan had pekerja asing; sasaran pengurangan daripada kira-kira 13 peratus kepada 10 peratus menjelang 2030.
  • Syarikat akan menghadapi kesukaran mendapatkan tenaga kerja asing, mendorong penyesuaian operasi dan peningkatan automasi.
  • Kebergantungan tinggi terhadap pekerja asing menghalang dorongan automasi dan menaikkan risiko terus kekal sebagai negara berpendapatan rendah.
  • Perubahan itu turut memberi ruang bagi kerajaan menilai semula dasar gaji negara mengikut perkembangan teknologi masa hadapan.

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Sim Tze Tzin berkata, akses mudah kepada tenaga kerja asing boleh mengurangkan dorongan industri untuk mengautomasikan operasi, meningkatkan keupayaan dan menaik taraf proses pembuatan.

“Kerajaan telah menetapkan dasar untuk mengehadkan jumlah pekerja asing. Pada masa ini, jumlahnya kira-kira 13 peratus daripada keseluruhan tenaga kerja dan akhirnya kita akan mengurangkannya kepada 10 peratus (menjelang 2030).

“Ini bermakna syarikat dan industri akan mendapati semakin sukar untuk mendapatkan tenaga kerja asing,” katanya.

Beliau ditemui pemberita pada Majlis Perasmian Smart Manufacturing Awards 2026, di sini.

Menurut Sim lagi, perubahan landskap pekerjaan itu turut membuka ruang kepada usaha kerajaan meningkatkan dasar gaji negara selaras perkembangan teknologi akan datang.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.