Modul kesuburan baharu diperkenal, perkasa sistem rujukan pakar

Foto Hiasan

PUTRAJAYA, 29 September – Modul Kaunseling Ketidaksuburan untuk Penjagaan Primer, diperkenalkan sebagai instrumen bimbingan utama dalam memperkasakan sistem rujukan berkaitan masalah kesuburan (subfertility).

RINGKASAN BERITA AI
  • Modul jadi rujukan pakar untuk sokongan emosi dan kaunseling selain rawatan perubatan.
  • Menekankan intervensi awal, latihan kaunseling dan pengurusan emosi untuk membantu pesakit dengan kemurungan.
  • Memberi maklumat terperinci kepada pakar mengenai kaedah membantu pesakit dari segi emosi.
  • Menggesa suami isteri meningkatkan kesedaran dan mendapatkan penilaian serta rawatan kesuburan lebih awal.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, selain menangani kes dari aspek perubatan, modul tersebut turut menjadi rujukan kepada pakar dalam memberikan sokongan emosi dan kaunseling kepada pesakit.

Menurutnya, modul itu memberi penekanan terhadap aspek intervensi awal, latihan kaunseling dan pengurusan emosi bagi membantu pesakit yang mengalami kemurungan.

“Pakar memerlukan maklumat terperinci mengenai kaedah-kaedah dalam membantu pesakit mereka dari segi emosi.

“Justeru, menjadikannya sebagai satu program, maka kita memperkenalkan modul ini dengan kerjasama Merck Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas perasmian Majlis Simposium Kesihatan Reproduktif Kebangsaan 2026 di sini hari ini.

Sementara itu, Datuk Seri Nancy berkata kesedaran kedua-dua pihak sama ada isteri mahupun suami penting dalam menangani isu kesuburan.

Sehubungan itu, beliau menyarankan pasangan suami isteri bersama-sama mendapatkan penilaian dan rawatan kesuburan lebih awal sebagai langkah intervensi.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.