Lokasi strategik, JS-SEZ faktor Johor dipilih perkukuh pembangunan ekonomi jingga

Foto BERNAMA

ISKANDAR PUTERI, 29 September – Kedudukan Johor yang berdekatan dengan Singapura serta kewujudan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), menjadi antara faktor pemilihan negeri itu bagi memperkukuh pembangunan ekonomi jingga.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perlu kembangkan potensi Johor bukan hanya ekonomi sedia ada, tetapi juga idea, kreativiti dan inovasi.
  • Johor telah menubuhkan agensi khusus untuk membangunkan sektor kreatif dari perspektif negeri.
  • Pelancaran Majlis KL20@Johor di Iskandar Malaysia Studios menandakan komitmen memperkukuh ekosistem kreatif.
  • Inisiatif dijangka memperluas ekosistem ekonomi kreatif negara dan memanfaatkan peluang tersedia di Johor.

Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, potensi Johor perlu dikembangkan bukan sahaja dari aspek ekonomi sedia ada, malah turut merangkumi idea, kreativiti dan inovasi.

“Mengapa kami memilih Johor? Salah satu sebab utamanya ialah kedudukan Johor yang dekat dengan Singapura, selain adanya inisiatif sedia ada melalui JS-SEZ.

“Dalam usaha untuk terus mengembangkan potensi Johor, kita juga perlu melihat aspek idea dan komponen kreatif. Malah, seperti yang dinyatakan YB Lee, Johor telah menubuhkan sebuah agensi khusus untuk melihat dan membangunkan sektor ini dari perspektif Johor”, katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis KL20@Johor di Iskandar Malaysia Studios, Iskandar Puteri.

Inisiatif berkenaan dilihat mampu memperluas ekosistem ekonomi kreatif negara, selain memanfaatkan kedudukan strategik Johor dan peluang yang tersedia menerusi JS-SEZ.

 

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.