
PARLIMEN, 29 September -Dewan Negara hari ini merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali yang meninggal dunia semalam pada usia 100 tahun.
- Yang di-Pertua memuji pemergian sebagai kehilangan besar; mengenang jasa beliau dalam kebajikan rakyat dan kesihatan awam sebagai negarawan.
- Pemasyhuran ucapan takziah diadakan selepas upacara angkat sumpah senator baharu Mohamad Hairul Amir Sabri.
- Sesi ditutup dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan tafakur satu minit; Allahyarham mangkat di Institut Jantung Negara, isteri mantan Perdana Menteri.
Yang di- Pertua Dewan Negara Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai satu kehilangan besar buat negara selain menyifatkannya sebagai negarawan yang berjasa dalam kebajikan rakyat dan kesihatan awam.
“Pihak Dewan Negara merakamkan ucapan takziah merupakan tokoh antara doktor wanita melayu yang terawal . Jasa beliau dalam bidang kesihatan awam dan kebajikan masyarakat akan terus dikenang.
“Pemergian beliau merupakan satu kalangan besar buat negara. Semoga Allah S.W.T mencucuri rahmat ke atas Allahyarhamah mengampunkan segala dosanya dan menempatkannya dalam kalangan orang yang beriman”, katanya ketika sesi pemasyhuran ucapan takziah oleh Yang di-Pertua Dewan Negara di Dewan Negara di sini hari ini.
Sesi pemasyhuran itu diadakan selepas upacara mengangkat sumpah oleh Senator baharu iaitu Pengerusi PKR Perak Mohamad Hairul Amir Sabri, di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara.
Sesi itu kemudiannya diakhiri dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan bertafakur selama seminit sebagai penghormatan kepada Allahyarham.
Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah, isteri kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, meninggal dunia di Institut Jantung Negara pada Isnin.