PM zahir takziah terhadap pemergian Tun Dr Siti Hasmah

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim / Foto RTM

KUALA LUMPUR, 28 September – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah atas pemergian Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali yang meninggal dunia pagi ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pemergian Tun Dr Siti Hasmah dianggap kehilangan besar kepada masyarakat dan negara.
  • Jasa dan khidmat Tun Dr Siti Hasmah dikenang oleh negara.
  • Aktif sebagai isteri Perdana Menteri dalam kerja-kerja kebajikan dan prihatin terhadap masalah rakyat.
  • Mengajak peserta persidangan membaca surah Al-Fatihah untuk mendoakan Allahyarhamah.

Beliau berkata pemergian pemergian isteri bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu, sebagai satu kehilangan besar kepada masyarakat dan negara.

“Dalam keadaan sekarang, kita bersimpati kepada keluarga Tun Mahathir dan keluarga.

“Kita juga mengenang jasa dan khidmatnya kepada negara.

“Tun Dr Siti Hasmah aktif ketika menjadi isteri Perdana Menteri, khususnya dalam kerja-kerja kebajikan dan keprihatinan terhadap masalah rakyat,” katanya demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perasmian Pembukaan International Future Conference (ICF), di sini, hari ini.

Perdana Menteri turut mengajak peserta persidangan bersama-sama membacakan surah Al-Fatihah untuk Allahyarham.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.