Gempa bumi 6.6 magnitud gegar perairan New Caledonia

Foto hiasan

PARIS, 26 September – Gempa bumi bermagnitud 6.6 melanda perairan berhampiran New Caledonia, wilayah kepulauan Pasifik yang ditadbir Perancis, pada Sabtu.

RINGKASAN BERITA AI
  • USGS melaporkan gempa berlaku pada kedalaman 10 kilometer.
  • USGS sebelum ini merekodkan gempa pada magnitud 7.0 dengan kedalaman 17.1 kilometer.
  • Sistem Amaran Tsunami Amerika Syarikat memaklumkan tiada ancaman tsunami kepada Hawaii, Guam, Kepulauan Mariana Utara atau Samoa Amerika.
  • Maklumat dan kenyataan disahkan serta dilaporkan oleh agensi seperti USGS dan Sistem Amaran Tsunami AS menurut REUTERS.

Menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa itu berlaku pada kedalaman 10 kilometer. USGS sebelum ini merekodkan gempa berkenaan pada magnitud 7.0 dengan kedalaman 17.1 kilometer.

Sementara itu, Sistem Amaran Tsunami Amerika Syarikat memaklumkan gempa berkenaan tidak mencetuskan ancaman tsunami kepada Hawaii, Guam, Kepulauan Mariana Utara atau Samoa Amerika.-REUTERS

 

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.