
SETIU, 25 September – Sektor pelancongan di Terengganu berharap agar kerajaan dapat memberi tumpuan peruntukan kepada industri berkenaan menjelang Belanjawan 2027 yang akan dibentangkan di Parlimen pada 9 Oktober ini.
- Keutamaan peruntukan untuk naik taraf prasarana, pembangunan luar bandar dan meningkatkan pendapatan usahawan pelancongan tempatan.
- Jabatan Pelancongan Negeri memperuntuk bajet besar; program komuniti dijangka menerima peruntukan signifikan.
- Kerajaan dan kementerian sokong program yang mampu melonjakkan pelancongan; sasaran lebih 15 juta pelawat pada 2027.
Menurut Pengarah Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu, Datuk Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak, harapan itu menjadi keutamaan dalam persiapan Tahun Melawat Terengganu 2027.
“Fokus peruntukan melibatkan naik taraf prasarana, pembangunan luar bandar serta meningkatkan hasil usahawan tempatan,” katanya ketika ditemui RTM pada Program Trial of Philosopgy 2.0 di Terrapui Heritage Resort, Penarik di sini.
“Memang Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu telah memperuntuk sejumlah bajet yang agak besar dan saya pasti program yang berbentuk komuniti macam ini akan mendapat satu jumlah yang besar juga.
Apa sahaja program yang boleh melonjakkan pelancongan negara akan disokong oleh pihak kementerian,” jelas beliau lagi.
Sementara itu beliau memaklumkan, Terengganu turut meletakkan sasaran lebih 15 juta pelancong dan pengunjung ke negeri itu pada tahun 2027.