YAPEIM salur bantuan lebih RM100,000 kepada 104 pelajar UKM

Majlis penyerahan bantuan disempurnakan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UKM, Prof. Ts. Dr. Norinsan Kamil Othman

BANGI, 20 September- Seramai 104 pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menerima bantuan bernilai RM101,580 daripada Tabung Kebajikan dan Pelajaran YAPEIM (TKPY) membabitkan bantuan sara hidup, yuran pengajian dan komputer riba.

RINGKASAN BERITA AI
  • 59 pelajar terima bantuan sara hidup RM1,000 seorang; 44 dari Kolej Keris Mas, 15 dari kolej kediaman lain.
  • Bantuan yuran RM25,080 disalurkan kepada 38 pelajar; 36 dari Kolej Keris Mas dan dua dari kolej kediaman lain.
  • Tujuh pelajar menerima komputer riba bernilai keseluruhan RM17,500 untuk keperluan pembelajaran.
  • YAPEIM dan TKPY terima sumbangan 675 warga UKM menerusi skim infak gaji hampir RM143,000 setahun untuk bantuan pendidikan.

Pengurus Besar TKPY, Dr. Shamsul Azhar Yahya berkata seramai 59 pelajar menerima bantuan sara hidup RM1,000 seorang dengan jumlah keseluruhan RM59,000, terdiri daripada 44 pelajar Kolej Keris Mas dan 15 pelajar kolej kediaman lain di UKM.

Beliau berkata, bantuan yuran pengajian berjumlah RM25,080 pula disalurkan kepada 38 pelajar, masing-masing 36 pelajar Kolej Keris Mas menerima RM22,680 dan dua pelajar dari kolej kediaman lain menerima RM2,400.

“Tujuh pelajar yang memerlukan kemudahan pembelajaran pula menerima komputer riba bernilai keseluruhan RM17,500,” katanya.

Dr. Shamsul berkata bantuan itu bertujuan memenuhi keperluan pendidikan pelajar selain membantu mengurangkan tekanan kewangan sepanjang tempoh pengajian.

Majlis penyerahan bantuan disempurnakan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UKM, Prof. Ts. Dr. Norinsan Kamil Othman.

Dalam pada itu, YAPEIM dan TKPY turut menerima sumbangan daripada 675 warga UKM menerusi skim infak gaji berjumlah hampir RM143,000 setahun untuk disalurkan semula sebagai bantuan pendidikan kepada pelajar UKM yang memerlukan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.