
KUALA LUMPUR, 19 September -Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) menafikan mengeluarkan iklan jawatan kosong yang kini tular di media sosial, yang menggunakan nama dan identiti pihak berkuasa tempatan berkenaan.
- Jangan mempercayai atau menyebarkan iklan tersebut; elakkan mengimbas kod QR/barcode atau berkongsi maklumat peribadi dan kewangan.
- Rujuk segala pengumuman kekosongan jawatan kepada Bahagian Pengurusan Modal Insan MBPP melalui saluran rasmi.
- Sentiasa berwaspada terhadap pautan atau iklan mencurigakan untuk mengelakkan penipuan dan penyalahgunaan maklumat peribadi.
MBPP memaklumkan bahawa iklan berkenaan adalah palsu dan bukan dikeluarkan atau diterbitkan secara rasmi oleh pihaknya.
“Sehubungan itu, orang awam dinasihatkan supaya tidak mempercayai, menyebarkan atau mengambil sebarang tindakan berdasarkan iklan tersebut, termasuk mengimbas scan sebarang kod QR/barcode yang terdapat dalam iklan berkenaan serta memberikan maklumat peribadi atau maklumat kewangan.
“Orang awam hendaklah sentiasa berwaspada terhadap sebarang iklan atau pautan yang mencurigakan bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan atau penyalahgunaan maklumat peribadi.
“Sebarang maklumat berkaitan kekosongan jawatan di MBPP hendaklah dirujuk ke Bahagian Pengurusan Modal Insan di talian 04-2592115/ 04-2592311/04-2592240,” menurut kenyataan itu.
Pihak MBPP turut meminta orang ramai agar tidak menyebarkan semula iklan berkenaan.
Orang ramai disarankan supaya merujuk terus kepada MBPP melalui saluran rasmi sekiranya mempunyai sebarang keraguan mengenai hebahan jawatan kosong yang menggunakan nama MBPP.