Kerajaan Negeri Sembilan sasar pendigitalan menyeluruh menjelang 2030 – MB

Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Ismail Lasim ketika ditemui media selepas Majlis Apresiasi Minggu I3 Peringkat Negeri Sembilan di sebuah hotel di Seremban / Foto BERNAMA

SEREMBAN, 10 November – Kerajaan Negeri Sembilan memperkukuh agenda pendigitalan pentadbiran menerusi Pelan Strategik Pendigitalan Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan 2026 hingga 2030 yang merangkumi 101 inisiatif utama.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pelan merangkumi pendigitalan aplikasi, infrastruktur digital, keselamatan siber, kecerdasan buatan, sains data dan tadbir urus digital.
  • Perluasan penggunaan AI untuk analisis aduan, kenal pasti kelewatan proses dan menyokong keputusan berasaskan data, disertai latihan penjawat awam.
  • Pelaksanaan TRANS-NS menekankan pendekatan berasaskan risiko dalam perolehan, kewangan dan akauntabiliti bagi memantapkan integriti pentadbiran.

Pelan itu menggariskan lima teras strategik dan 14 strategi, meliputi pendigitalan aplikasi, infrastruktur digital, keselamatan siber, kecerdasan buatan (AI), sains data serta tadbir urus digital.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim berkata, pelaksanaannya memerlukan penglibatan dan penyelarasan seluruh jentera pentadbiran negeri bagi memastikan perkhidmatan awam lebih cekap dan berkesan.

Menurutnya, penggunaan AI juga perlu diperluas, termasuk untuk menganalisis aduan rakyat, mengenal pasti kelewatan proses kerja dan membantu membuat keputusan berasaskan data.

“Harini kita galakkan jabatan kerajaan untuk lebih kreatif dan inovatif supaya dapat menjimatkan kos serta memberikan khidmat yang lebih efisien kepada rakyat. Aplikasi yang mereka cipta ini dapat mengurangkan kerenah birokrasi dan mempercepatkan proses,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Apresiasi Minggu I3 Tahun 2026 di sini, hari ini.

Beliau turut menegaskan penggunaan AI perlu disertai peningkatan kompetensi penjawat awam, khususnya dalam menilai ketepatan maklumat, memahami batasan teknologi serta memastikan keselamatan dan kerahsiaan data kerajaan terpelihara.

Dalam aspek integriti, kerajaan negeri turut melaksanakan Pelan Transformasi Integriti dan Antirasuah Negeri Sembilan (TRANS-NS) 2026 hingga 2030 yang memberi tumpuan kepada pendekatan berasaskan risiko, khususnya dalam pengurusan perolehan, kewangan, tadbir urus dan akauntabiliti.

Katanya, gabungan inovasi, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta integriti menerusi Minggu I³ perlu menjadi asas pembaharuan pentadbiran negeri bagi memastikan reformasi perkhidmatan awam bukan sahaja membawa perubahan, malah meningkatkan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.