
KUALA LUMPUR, 10 November- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan penyertaan penyanyi tanah air, Aina Abdul dalam Eurovision Song Contest Asia 2026 sebagai bukti bakat dan karya anak Malaysia mampu bersaing di pentas antarabangsa.
- Anwar menyatakan kebanggaan rakyat Malaysia terhadap Aina yang akan membawa nama negara ke Eurovision Asia di Bangkok pada 14 November.
- Beliau mendoakan Aina memberi persembahan terbaik dengan penuh keyakinan dan semangat.
- Menang atau tidak, Aina tetap menjadi kebanggaan kita semua, kata Perdana Menteri.
- PM mengucapkan selamat maju jaya dan berharap penyertaannya mengharumkan nama Malaysia. Terbang tinggi, Aina!
Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Datuk Seri Anwar turut menyatakan kebanggaan terhadap Aina, 33, yang bakal membawa nama negara dalam pertandingan berkenaan di Bangkok, Thailand, pada 14 November ini.
“Saya mendoakan agar Aina dapat memberikan persembahan terbaik dengan penuh keyakinan dan semangat.
“Menang atau sebaliknya, Aina tetap kebanggaan kita semua,” katanya.
Perdana Menteri turut mengucapkan selamat maju jaya kepada Aina dan berharap penyertaannya dapat mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa.
“Terbang tinggi, Aina!” katanya.