Bangunan kediaman runtuh dibom Israel, 20 maut di Gaza

Foto REUTERS

GAZA, 16 September – Sekurang-kurangnya 20 orang terkorban, termasuk enam kanak-kanak, manakala 14 lagi cedera selepas sebuah bangunan kediaman tujuh tingkat runtuh akibat dibom Israel di Gaza City pada Selasa.

RINGKASAN BERITA AI
  • Bangunan kediaman runtuh selepas serangan Israel, menyebabkan kematian dan kecederaan serta kerosakan besar.
  • Pasukan pertahanan awam berlumba dengan masa untuk menyelamatkan mangsa yang dipercayai masih tertimbus di bawah runtuhan.
  • Penduduk Gaza berkabung dan menyempurnakan jenazah keluarga, menggambarkan kesedihan mendalam komuniti.
  • Sekatan kemasukan jentera berat menghambat operasi menyelamat, manakala kekurangan khemah memaksa berlindung dalam bangunan rosak.

Pasukan Pertahanan Awam kini giat bertarung dengan masa bagi menyelamatkan kira-kira 100 mangsa yang dipercayai masih tertimbus di bawah runtuhan tersebut.

Suasana pilu menyelubungi Gaza apabila penduduk tempatan berkumpul pada Rabu bagi menyempurnakan jenazah ahli keluarga mereka yang terkorban itu.

Tragedi tersebut sekali lagi mendedahkan realiti pahit yang dialami puluhan ribu penduduk Palestin.

Dianggarkan kira-kira 2,000 bangunan yang rosak akibat serangan udara Israel kini menjadi tempat berteduh bagi penduduk Gaza.

Malah, masalah kekurangan khemah baharu serta dorongan untuk berlindung daripada cuaca buruk memaksa penduduk Gaza mempertaruhkan nyawa di bawah struktur bangunan yang boleh runtuh pada bila-bila masa.

Pihak berkuasa Palestin dan Pertubuhan Bangsa Bersatu mengkritik sekatan Israel yang menghalang kemasukan jentera berat ke Gaza, sekali gus menyukarkan lagi operasi menyelamat. -REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.