Pejalan kaki maut dirempuh MPV di Padawan

Foto RTM

PADAWAN, 16 September – Seorang pejalan kaki warga emas maut selepas dirempuh sebuah kereta jenis MPV di Jalan Field Force, Batu Kawa, pada Rabu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mangsa dikenal pasti sebagai Ibrahim Abdullah, 79 tahun.
  • Kejadian berlaku sekitar pukul 7.50 malam ketika mangsa berjalan di tengah jalan dan tercampak akibat kemalangan.
  • Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh Penolong Pegawai Perubatan HUS akibat kecederaan parah di kepala.
  • Pemandu lelaki, 36 tahun, ditahan kerana tiada lesen sah dan cukai jalan tamat; kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Menurut Ketua Polis Daerah Padawan, Pemangku Superintendan Barry William, dalam kejadian sekitar pukul 7.50 malam tadi, mangsa Ibrahim Abdullah, 79, dipercayai dirempuh oleh kenderaan terbabit ketika sedang berjalan kaki di tengah jalan.

“Mangsa tercampak ke atas jalan. Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh Penolong Pegawai Perubatan Hospital Umum Sarawak akibat kecederaan parah di kepala,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, pemandu MPV seorang lelaki berumur 36 tahun yang dalam perjalanan dari arah Batu Kawa ke Petrajaya itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Polis menahan pemandu MPV terbabit kerana tidak memiliki lesen memandu yang sah selain kenderaan tamat tempoh cukai jalan,” jelasnya

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.