
KUALA LUMPUR, 16 September – Malaysia memandang serius laporan mengenai sebuah dron yang dipintas berhampiran Mekah.
- Kecaman tegas terhadap sebarang cubaan mengancam keselamatan dan kesucian kota Mekah, yang tidak boleh diterima.
- Menghargai tindakan pantas Kerajaan Arab Saudi dalam melindungi penduduk dan jemaah umrah di Mekah.
- Insiden itu menegaskan keperluan segera untuk mengelakkan peningkatan ketegangan di rantau berkenaan.
- Seruan agar serangan terhadap tapak awam dihentikan serta pihak berkaitan mengamalkan sikap menahan diri dan dialog aman.
Tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebarang cubaan untuk mengancam keselamatan dan kesucian kota paling suci dalam Islam itu, sama sekali tidak boleh diterima.
“Malaysia turut merakamkan penghargaan terhadap tindakan pantas Kerajaan Arab Saudi dalam melindungi penduduk serta jemaah umrah di Mekah,” katanya menerusi satu kenyataan.
Menurut beliau, insiden itu menggariskan keperluan mendesak untuk mengelakkan peningkatan ketegangan di rantau berkenaan.
“Malaysia menyeru agar serangan terhadap tapak awam dan sebarang tindakan yang boleh membahayakan kawasan suci dihentikan serta-merta.
“Malaysia turut menggesa pihak berkaitan supaya mengamalkan sikap menahan diri serta mengutamakan penyelesaian secara aman melalui dialog tanpa berlengah,” menurut kenyataan itu.