Polis Kluang giat buru suspek curi kabel

Foto RTM

KLUANG, 16 September – Polis sedang mengesan seorang suspek yang yang tular di media sosial kerana disyaki terlibat dalam kejadian mencuri kabel di Jalan Doraet di sini awal pagi Rabu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Anggota Unit Rondaan Bermotosikal cedera selepas terjatuh ketika mengejar suspek.
  • Kejadian melibatkan sebuah pikap dipercayai membawa kabel diikat pada bahagian belakang kenderaan.
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 379 dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan, polis masih mengesan suspek.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Nik Mohd Azmi Husin berkata, kejadian pada 1.57 pagi itu turut menyebabkan seorang anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Ibu Pejabat Polis Daerah Kluang cedera selepas terjatuh ketika mengejar suspek.

Beliau berkata, kejadian membabitkan sebuah kenderaan jenis pikap dipercayai membawa kabel yang diikat pada bahagian belakang kenderaan berkenaan.

“Pada pukul 5.54 pagi, polis menerima satu laporan daripada anggota polis rondaan bermotosikal yang terlibat dalam kejadian mengejar suspek dan seorang daripada mereka terjatuh ketika kejadian.

“Polis kini masih mengesan suspek dipercayai terlibat dalam kejadian terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes disiasat bawah Seksyen 379 dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.